Wednesday, April 27, 2011

R&D TIDAK DIANGGAP ISI LARAS SASTERA

Beberapa tahun yang lalu, kita pernah mendengar daripada cikgu-cikgu yang mengajar mata pelajaran Pengajian Am kertas 2 bahawa R&D (Research and development) boleh menjadi isi bagi kedua-dua laras.

Kini, ia tidak lagi boleh dianggap sebagai isi laras sastera. Sebaliknya, ia kekal sebagai isi laras sains. Oleh itu elakkan menggunakan R&D dalam esei laras sastera. Hal ini kerana, aspek penyeldikan dan pembangunan ini melibatkan aspek sains. Jika sebelum ini aspek komitmen pihak kerajaan untuk memajukan bidang R&D sebagai isi laras sastera, kini R&D itu secara prinsipnya adalah melibatkan aspek teknologi yang tentunya dalam bidang sains.

BAGAIMANA MENGHASILKAN PENDAHULUAN YANG BAIK?

Soalan ini sangat kerap diajukan oleh para pelajar sama ada dalam kelas atau dalam pertemuan-pertemuan yang berkaitan dengan program peningkatan mata pelajaran Pengajian Am.

Jawapan saya, kenapa perlu mengambil masa yang sangat lama untuk menghasilakan sebuah pendahuluan dalam konteks peperiksaan. Cukup sekdar mengambil sebahagian daripada petikan soalan untuk diolah sebagai pendahuluan.

Sebagai contoh;
Aktiviti sukan berperanan untuk meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup manusia yang mengamalnya. Namun, jika tidak dimanfaatkan aktiviti ini boleh menjejaskan kehidupan kita. Jelaskan
  1. Kita akui sahaja kebenaran pernyataan tersebut sambil menyatakan kepentingnnya. "Aktiviti sukan sememangnya sangat penting untuk meningkatkan tahap kesihatan manusia.
  2. Terus kaitkan dengan kehendak soalan. "Justeru, sekiranya kita tidak memanfaatkan aktiviti tersebut ia tentunya akan menjejaskan kualiti kehidupan kita."
  3. Kemudian gabungkan menggunakan ayat yang lebih sesuai. Contohnya;
Aktiviti sukan sememangnya sangat penting untuk meningkatkan tahap kesihatan manusia. Sekiranya kita tidak memanfaatkan aktiviti tersebut ia tentunya akan menjejaskan kualiti kehidupan kita.

Ataupun kita memberi fokus kepada mana-mana aspek yang lebih penting. Contoh;

Aktiviti sukan yang sistematik dapat menjamin tahap kecerdasan individu. Individu yang sihat amat diperlukan dalam pembangunan
Fokus 1: Aktiviti sukan yang sistematik akan menjamin tahap kecerdasan seseorang.
Fokus 2: Individu yang sihat diperlukan dalam pembangunan negara. Fokus ini menjelaskan lagi fokus pertama.

Sikap mengambil masa yang lama atau menulis dengan panjang lebar sesuatu pendahuluan dianggap tidak perlu kerana perenggan pendahuluan tidak membawa sebarang markah.

PANDUAN UMUM MENJAWAB BAHAGIAN A

Berikut di senaraikan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian berkaitan dengan bahagain ini;
  1. Memahami kehendak soalan.
  • Pastikan apakah kehendak soalan. Contoh jika soalan meminta "Jelaskan faktor yang menyebabkan gejala sosial kian meningkat dalam kalangan remaja.." maka calon-calon hendak lah memberikan fokus kepada aspek faktor yang menyebabkan gejala sosial tersebut sahaja.
  • Tetapi jika soalan tidak menyatakan dengan jelas, sebaliknya hanya menyatakan "jelaskan" atau "huraikan" dan sebagainya, maka perlulah diteliti ayat demi ayat dalam soalan tersebut. Sebagai contoh; "
    Inovasi dalam penghasilan pelbagai gajet sains dan teknologi telah memanfaatkan kehidupan manusia namun ,jika disalahgunakan akan memudaratkan kita. Jelaskan pernyataan di atas
  • Dalam kes soalan di atas, maka format skema jawapan ialah 2+2 iaitu 2 isi untuk manfaat manakala 2 isi lagi berkaitan dengan kemudaratan yang menimpa manusia kesan daripada penggunaan gajet sains dan teknologi.
  • Sila perhatikan soalan berikut;

    Cabaran ke tujuh dalam Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Masyarakat penyayang ialah masyarakat yang hidup bermuafakat dengan anggota-anggotanya yang mesra dan bertimbang rasa. Bincangkan rasional kerajaan menekankan konsep masyarakat penyayang dalam Wawasan 2020
  • Apakah kehendak soalan? Ya, sudah tentu rasional kerajaan menekankan konsep penyayang dalam wawasan 2020.

Sunday, April 24, 2011

Memahami maksud "BUDAYA HEDONISME"

BUDAYA hedonisme telah dikenal pasti sebagai agen penghakis amalan tradisi dalam sesuatu budaya. Melalui media hiburan yang dibawa dari Barat , generasi muda telah didedahkan dengan alat pertuturan yang kasar , gaya pemakaian yang mencolok mata dan cara pergaulan yang bebas.

Hendonisme menurut pengertian Kamus Dewan ialah pegangan atau keseronokan atau kesenagan hidup. Dengan erti lain mereka mengamalkannya beranggapan bahawa kesengan dan kenikmatan adalah merupakan tujuan hidup,

Akibat daripada ideologi ini , Mereka telah terpesong dalam gejala-gejala yang bertentangan dengan norma kehidupan seperti arak , seks bebas dan sehingga ke peringkat menolak agama. Impak daripada pengembangan budaya hedoinisme ialah permasalahan sosial yang berleluasa dalam masyarakat. Ramai ahli akademik berpendapat hedonisme adalah faktor utama masalah sosial dan keruntuhan akhlak.

Mari kita selidik dengan lebih mendalam , apakah tren-tren yang muncul disebalik wajah muda-mudi kita hari ini yang telah terpengaruh dengan budaya kuning Barat

SKIN HEAD (S-soldier, K-kingdom, I-individual, N-nationalisme, H-hate, E-ego, A-and, D-drugs)

Slogan yang dibangga-banggakan oleh golongan yang bergelar sedemikian. Skin Head sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing kepada remaja hari ini. Budaya ini mula mendapat perhatian dan diamalkan secara membuta tuli. Skin Head adalah suatu subbudaya yang lahir di London,England pada akhir tahun 60-an. Pada masa kini , Skin head sudah tersebar ke seluruh dunia. Nama Skin Head merujuk kepada para pengikut budaya ini yang rambutnya dipangkas botak.-Meskipun Skin Head banyak dikaitkan dengan kelompok orang-orang rasis dan Neo-Nazi, namun Skin Head yang sebenarnya tidaklah Neo-Nazi,kerana pada awalnya Skinhead adalah kaum tertindas dari kelas pekerja(terutamanya buruh pelabuhan) di London,England.

Skin Head juga merujuk kepada kelompok orang (biasanya remaja) yang merupakan peminat muzik jalanan dan juga muzik punk. Amalan budaya negatif ini telah mula mendapat perhatian golongan belia remaja walaupun ternyata 'Skin Head' ini langsung tidak membawa manfaat kepada pengamalnya. Tetapi disebabkan orang Barat mempraktikkannya , maka ia dianggap sebagai suatu yang glamour apabila melakukannya.